SK Masjid Baru

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Kebangsaan Masjid Baru telah diasaskan pada 19 Januari 1952. Nama asal sekolah ini ialah Sekolah Melayu Pondok Batang. Ketua masyarakat yang mengasaskan sekolah ini ialah Allahyarham Dato' Sidang Baba b.Ali. Guru Besar yang pertama ialah Tn.Hj. Abdullah b. Hj. Insu. Bermula 21 Januari 1953, nama asal sekolah ini ditukar kepada Sekolah Kebangsaan Masjid Baru mengambil nama sempena dengan nama kampung di mana letaknya bangunan sekolah ini. 

 

PERKEMBANGAN SEKOLAH

 Pada mulanya sekolah ini dibina atas inisiatif penduduk kampung dan masyarakat setempat secara bergotong-royong. Bentuk bangunannya empat segi yang berukuran 60 x 30 kaki. Tiangnya diperbuat daripada kayu-kayu bulat yang diambil dari dalam hutan berhampiran. Dindingnya pula adalah daripada papan dan hanya bahagian bawah sahaja yang berdinding. Atapnya atap rumbia dan hanya berlantaikan tanah sahaja.

 Dalam tahun 1958 bangunan asal ini telah dirobohkan dan sebuah bangunan yang mengandungi 2 bilik darjah telah dibina. Pada tahun 1960 bangunan baru sebagai bangunan tambahan telah dibina. Bangunan ini mengandungi 4 bilik darjah. Ia dibina kerana terdapat pertambahan bilangan murid. Tahun 1981 menyaksikan sebuah lagi bangunan baru dibina yang mengandungi 3 bilik darjah, pejabat, bilik guru, perpustakaan, pusat sumber dan tandas guru lelaki dan perempuan. Bangunan tersebut siap sepenuhnya pada tahun 1982.

 Tahun 1990 menyaksikan sebuah bangunan Pusat Kegiatan Guru (PKG) telah didirikan dalam kawasan sekolah. PKG ini menampung keperluan untuk 14 buah sekolah berhampiran. Ia digunakan sebagai pusat latihan bagi guru-guru di kawasan ini. Pada tahun 1994, sebuah bangunan pentadbiran didirikan. Bangunan ini mengandungi pejabat, bilik guru besar, bilik gerakan dan tandas kakitangan. Dengan adanya bangunan ini, proses pentadbiran dapat dilakukan dengan lebih licin dan mantap.

 Pada tahun 2004 sebuah Makmal Komputer (Fasa 3) telah dibina di mana terdapat 12 buah computer bersama ‘server’ disediakan untuk kegunaan pelajar dan guru-guru.

 Pada April 2009 Sekolah Kebangsaan Masjid Baru telah diluluskan pembinaan baru bangunan sekolah setinggi 4 tingkat dengan 8 bilik darjah dan satu kantin. Kerja-kerja pembinaan telah dimulakan pada bulan April 2009 dan dijangka siap pada hujung bulan Disember 2010.

 

LOKASI SEKOLAH

Sekolah ini terletak berhampiran dengan pekan Nyalas, Pekan Asahan dan Pekan Simpang Bekoh dalam kawasan Jasin. Jaraknya dari Bandar Melaka Bandaraya Bersejarah ialah 53 kilometer. Luas kawasannya ialah 01 ekar 01 rod 1.28 pol.

 

Nama Sekolah : SK MASJID BARU

Kod : MBA1008

Alamat : 77100 ASAHAN JASIN MELAKA

Koordinat : Y: 2.407120

No Tel & No Fax : 06-5229098

DUN : ASAHAN

Bil. Murid : 207 ORANG

Parlimen : ALOR GAJAH

Bil BD : 9 KELAS

Bil Guru : 28 ORANG


SK Masjid Baru, ASAHAN, JASIN, Melaka, 77100, Malaysia
Address:
ASAHAN
JASIN Melaka 77100 Malaysia

Hours of operation:
Isnin - Jumaat
8 pagi hingga 5 petang

Phone:
06-5229098

Email address: